Thursday, 9 February 2012


Tempat-Tempat Menarik
Kawasan Pelancongan

Pelancongan Persendirian

Aktiviti Pelancongan
Peta Hulu Selangor



Lingkungan Kawasan Majlis Daerah Hulu Selangor
Kawasan Perindustrian

Pejabat Perodua
Perusahan Automobil Kedua (Produa) adalah kawasan perindustrian yang terbesar di daerah Hulu Selangor yang terletak di Sungai Choh

Pusat Teknologi Mesin Dan Peralatan (RAMET) SIRIM Berhad

Lain-lain
APM Plastik
NO. 8, Jalan Jasmine 3
Bukit Beruntung

IT Packaging Sdn. Bhd.
ALPS-VGI Sdn. Bhd
NO. 11, Jalan Jasmine 3
Bukit Beruntung

Ingress Technologies Sdn. Bhd.
Lot 11, Jalan Jasmine 4,
Kawasan Perindustrian Bukit Beruntung.
  
GIVI
No. 13, Jalan Jasmine
Kawasan Perindustrian Bukit Beruntung.

Kilang Riverstone Resources Sdn. Bhd.
Lot 55 No. 13, Jalan Jasmine 2
Kawasan Perindustrian Bukit Beruntung.

Kilang Perabot New PK Furniture D'cor Sdn. Bhd
Lot 4295,4296,4297
Taman Perindustrian Sg. Choh

JIASU
Lot 4317
Kawasan Perindustrian Sg. Choh

Sen Lih Furniture And Decoration Sdn. Bhd.
Lot 4298,4299,4300
Kawasan Perindustrian Sg. Choh


Latar Belakang Hulu Selangor
Daerah Hulu Selangor (dahulu dieja Ulu Selangor) merupakan salah sebuah daerah yang terletak di utara Negeri Selangor. Dari sudut geografi,Daerah Hulu Selangor terletak di utara Lembah Klang dengan keluasan 174,047 hektar,hampir sama keluasan dengan Negeri Melaka.Jumlah penduduknya lebih kurang 178,500 orang(2005) atau 3.7 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Negeri Selangor,dan kini semakin meningkat sejajar dengan pembangunan semasa.

Daerah Hulu Selangor juga merupakan daerah yang terbesar daripada sembilan buah daerah di Negeri Selangor. Ia bersempadan dengan Negeri Perak di utara dan Negeri Pahang di sebelah timur.Daerah yang pada suatu ketika dahulu dikenali sebagai “The Sleeping Hollow” serta terletak di kawasan terpinggir dari limpahan kemajuan negara, kini telah mengorak langkah dengan menggiatkan pembangunan dan kemajuan di semua bidang selaras dengan visi Negeri Selangor ke arah “Negeri Idaman,Maju dan Sejahtera”.

Daerah ini mempunyai 13 buah mukim iaitu:

 Bil
Mukim
Keluasan(Hektar)
Keluasan(Ekar)
 1
 Hulu Bernam (Utara  dan Selatan)
44,680
11,0405
 2
 Kalumpang
4,144
10,240
 3
 Kuala Kalumpang
3,885
9,599
 4
 Sungai Gumut
4,144
10,240
 5
 Sungai Tinggi
16,006
39,550
 6
 Kerling
17,534
43,326
 7
 Ampang Pecah
4,143
10,237
 8
 Buloh Telur
2,589
6,397
 9
 Pertak
20,383
50,366
 10
 Rasa
8,262
20,416
 11
 Batang Kali
16,265
40,191
 12
 Hulu Yam
11,111
27,456
 13
 Serendah
12,901
51,647
Jumlah
174,047
430,070
Sumber : Pejabat Daerah & Tanah Hulu Selangor, 2007
Pada masa kini, Daerah Hulu Selangor mampu berbangga dengan wujudnya pelbagai projek mega seperti ikawasan Otomobil Nasional Kedua atau Perodua, kawasan perindustrian, perumahan , pelancongan, Bandar moden di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa, Sungai Buaya, Serendah, Batang Kali dan Lembah Beringin di Kerling. Pembinaan interchange lebuh raya PLUS di Bukit Beruntung dan di Lembah Beringin menambahkan lagi kerancakan pembangunan kawasan ini.

Sungai Selangor dahulunya merupakan alat perhubungan utama yang menghubungkan Bukit Fraser bersempadanan dengan Negeri Pahang hingga ke Kuala Selangor dan Sungai-sungai lain seperti Sungai Serendah, Sungai Batang Kali, Sungai Liam, Sumgai Inki, Sungai Kerling dan Sungai Bernam. Kawasan kaki Banjaran Titiwangsa ini kaya dengan bukit-bukau yang menghijau dan telah menarik tumpuan industry pelancongan serta penubuhan institusi pendidikan di daerah ini.

Selain rangkaian lebuh raya utara selatan PLUS dan jalan raya utama Persekutuan Kuala Lumpur ke Tanjung Malim, terdapat juga Rangkaian jalan negeri seperti jalan Hulu Yam ke Sungai Tua, Batang Kali ke Genting Highlands, Sungai Tengi ke Batang Berjuntai dan Kuala Kubu Bharu ke Bukit Fraser. Semuanya merupakan pintu masuk ke Daerah Hulu Selangor yang Menjadi Pemangkin ke arah pembangunan yang lebih pesat lagi.

Daerah Hulu Selangor mula wujud semasa permulaan pemerintahan Inggeris di Kuala Kubu Bharu iaitu pada 12 Mei 1883, selepas Sembilan tahun campur tangan British di Negeri Selangor.

Pada zaman British, Pentadbiran Daerah Hulu Selangor dikenali sebagai “Collector and Magistrate of Ulu Selangor “ dan antara penjawatnya ialah Cecil Ranking dan Mac Carthy iaitu semasa Frank Sweettenham menjadi Residen British di Selangor. Pada mulanya pentadbiran daerah terletak di Kuala Kubu ( lama ) yang kini dikenali dengan nama “Ampang Pecah “. Pemindahan ke tempat pentadbiran yang baru pada 1 September 1930 seperti yang terdapat pada masa kini adalah kerana kawasan bandar lama tersebut terletak di kawasan yang rendah dan sering berlaku kejadian banjir besar
Sumber : Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia ( JUPEM )

No comments:

Post a Comment