Bahana Meninggalkan Solat Fardu Lima Waktu
Subuh – Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. MasyaAllah. 7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.
Zuhur – Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka, bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita. Begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat Zuhur yang mana jika dilakukan, 15 minit pun tak sampai.
Asar – Dosa sama seperti meruntuhkan Ka’abah. MasyaAllah, sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam? Renungkan berapa kali sudah kita meninggalkan solat asar dengan sengaja? Dan renungkan juga berapa kali sudah kita meruntuhkan Ka’abah.
Maghrib – Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri. Saya tak sanggup nak menyedarkan diri saya dengan lebih panjang akan dosa meninggalkan solat maghrib ini. Rasa amat bersalah dengan ibu saya sendiri.
Isyak – Allah SWT berseru kepada mereka “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.” Sahabat Oh! Islam sekalian, ketika anda membaca artikel ini anda masih menyedut udara untuk bernafas. Adakah udara itu diredhai Allah SWT? Jika Allah mengenakan charge RM10 setiap kali kita menyedut udara, sudah tentu baru ramai antara kita yang akan tersedar dari tidur.
Artikel ini adalah artikel berpesan-pesan untuk diri saya yang hina ini. Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami. Kuatkanlah iman kami dan cekalkan hati kami untuk mencari jalan kebanaran yang Kau redhai. Amin ya Rabbal Alamin.
Antara azab bagi mereka yang meninggalkan solat:
Di antara hadis yang menyebut mengenai dosa orang yang meninggalkan sembahyang ialah :
Sabda Nabi s.a.w. :
"Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka ia mendirikan agamanya, dan barang siapa yang meringankan sembahyang maka ia akan diseksa dengan 15 perkara ..
Enam perkara di atas dunia
Tiga perkara sewaktu hendak mati
Tiga perkara sewaktu di dalam kubur
Tiga perkara sewaktu bertemu dengan Tuhan
Tiga perkara sewaktu hendak mati
Tiga perkara sewaktu di dalam kubur
Tiga perkara sewaktu bertemu dengan Tuhan
Enam perkara seksaan di atas dunia
1). Dihilangkan berkat sedikit demi sedikit yang ada pada umurnya
2). Dikurangkan rezeki di dalam usahanya
3). Tiada dipelihara baginya agama Islam
4). Dikurangkan pengaruh-pengaruh baik pada dirinya
5). Segala amal kebajikan yang diamalkan dalam dunia ini tiada diberi pahala oleh Allah akan dia.
6). Tiada diangkat oleh malaikat ke langit akan segala amalnya

1). Dimatikan dalam kehinaan
2). Dimatikan dalam keadaan sangat lapar
3). Dimatikan dalam keadaan sangat kehausan walaupun dituangkan air kekerongkongnya sebanyakmanapun
2). Dimatikan dalam keadaan sangat lapar
3). Dimatikan dalam keadaan sangat kehausan walaupun dituangkan air kekerongkongnya sebanyakmanapun
Tiga perkara sewaktu dalam kubur
1). Dihimpit tanah dalam kuburnya sehingga keadaan tulang selangkanya remuk sama sekali dan Tuhan memerintahkan malaikat Munkar dan Nankir menyiksanya sehingga hari kiamat.
2). Didatangkan Allah seekor ular besar bernama SHWAUN-RAK yang keadaannya sangat dasyat, matanya seperti guruh dilangit menggigit dan membenamkan kukunya kepada mangsanya hingga hari kiamat.
3). Didatangkan malaikat yang bertongkat besi, sambil berkata dengan suara yang ganas dan kuat seperti guruh di langit seraya berkata:
"Aku diperintahkan oleh Allah memalu (memukul) engkau daripada subuh hingga zuhur, dan zuhur hingga subuh"

Tiap-tiap kali pukul atau paluan itu tertanam tubuh kita hingga 70 hasta ke dalam tanah, maka dikeluarkan pula kukunya yang mana keadaan memakan masa selama sehari semalam dalam perjalanan.
Baca juga di sini Solat Amalan Pertama dihitung di Akhirat ( klik sini)
No comments:
Post a Comment