Kisah Aku Dan Ayattul Kursi
Kejadian 18 Nov itu benar-benar
menyedarkan dan meyakinkan aku betapa maha hebatnya ayat itu.
Subhanallah.. Sesungguhnya Allah telah mewahyukan segala ayat-ayatnya
bukan dengan sia-sia. Semuanya pasti ada kebaikan tersendiri.
Selesai menunaikan solat Maghrib,
Al-Quran dibuka. Diselak mukasurat terakhir yang telah dibaca pada hari
sebelumnya dan menyambung bacaan ayat selepasnya. Tiba-tiba pintu
bilikku diketuk dengan pantas.
“Nana, tolong tengokkan Hakim dalam
buaian tu, mak nak pergi tengok Kak Mia sekejap. Makcik kau kata dia tak
sedar”. Begitulah arahan dari ibuku.
Hatiku mula bimbang dan gusar bila
terdengar sahaja perkataan ‘tak sedar’ tadi dan terus membuka telekung,
menutup Al-Quran dan mendapatkan Hakim di buaian. Hakim didukung lalu
dibawa ke rumah Kak Miah, iaitu sepupuku yang rumahnya bersebelahan
sahaja dengan rumahku.
Pada masa itu, hanya makcik dan emak
sahaja yang sedang ‘membetulkan’ Kak Mia. Aku dengan pantas memegang ibu
jari kaki Kak Mia. Ditepuk telapak kakinya sambil memanggil-manggil
namanya. Dia masih lagi tak sedarkan diri. Aku menyuruh makcik ketepi
yang pada waktu itu berada disisinya. Jariku segera membuka matanya.
“Ya Allah. Hanya Allah sahaja yang
tahu bagaimana perasaanku ketika itu. Takut, cemas dan risau bila tidak
dapat melihat mata hitamnya. Mata hitam Kak Mia memang ditutupi dengan
kelopak mata atasnya. Astaghafirullahalazim….
Pada masa itu, hanya dua perkara
sahaja yang aku fikirkan iaitu samada Kak Mia pengsan atau pun telah
dirasuk mahluk halus. Sebelum Kak Mia jadi begitu, dia terlanggar
anaknya Danial di dapur dengan sudipnya dan sudip yang dipegangnya
terkena hidung Danial. Darah terlalu banyak keluar dan suaminya pula
yang baru pulang dari kerja memarahinya diatas kecuaiannya pada waktu
itu. Disebabkan pendarahan yang banyak itu, suaminya segera membawa
Danial ke hospital dan Kak Mia tidak ikut sama disebabkan dia baru
sahaja lepas pantang. Selepas suaminya pergi ke hospital, tiba-tiba Kak
Mia rebah dan terus tak sedarkan diri.Mungkin dia terlalu risau dan
takut melihat pendarahan tersebut.
Aku menepuk pipinya dan memanggil
namanya tapi dia masih lagi tak sedar. Telapak tangan dan kakinya sejuk
dan pucat. Diletakkan balm dihidungnya supaya dia tersedar sekiranya
benar dia pengsan tetapi masih gagal untuk menyedarkannya.
Aku yang sudah tidak dapat berfikir apapun dan terus membacakan
Baru sahaja dibaca
Allahulaaailahailah huaal haiiyulqaiiyumm……. terus Kak Mia terbatuk. Aku
yang pada masa itu terkejut dan sedikit cemas terus membaca Ayatul
Kursi itu sehingga habis. Batuk Kak Mia bertambah kencang dan aku, mak
dan makcik cuba mendudukkannya daripada terbaring tadi. Bila dia duduk
sahaja, terdengar esakkan tangisnya yang sekejap sahaja tetapi matanya
masih tertutup rapat. Kemudian dia lemah dan rebah semula.
Tanpa berlengah lagi, aku terus membaca
Ayattul Kursi ke telinganya. Dia kembali batuk dan aku terus membaca
Ayattul Kursi berulang kali sambil menepuk-nepuk pipinya mengharapkan
dia membuka matanya. Namanya aku sahut setiap kali bacaan dihentikan.
Akhirnya, matanya terbuka sedikit demi sedikit. Alhamdulillah… hatiku
bersyukur ada sedikit perubahan.
Bila dia sudah sedar dan matanya
memang telah terbuka, aku menyuruhnya mengucap. Alhamdulillah, dia boleh
mengucap dan berselawat. Selepas kejadian itu, aku benar-benar
bersyukur kepada Allah kerana telah dipilih oleh-Nya untuk melihat
sendiri kekuasaan Ayattul Kursi yang diturunkan oleh-Nya. Ternyata semua
ayat yang diturunkan dan disampaikan kepada kita bukanlah untuk
disia-siakan dan telah diseru kepada kita dengan jelas untuk kita
mengamalkannya. Ternyata sebenarnya ada mukjizat tersendiri setiap
ayat-ayat Allah ini. Allahuakbar..
Kitab
Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari
Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi
orang-orang yang (hendak) bertaqwa; Iaitu
orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan
mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan)
sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepad
No comments:
Post a Comment