Thursday, 9 February 2012


Petua Elak Sakit Belakang

  • Tidur di atas tilam spring; letakkan papan di atas dasar tilam
  • Elakkan diri daripada ketegangan yang boleh menyebabkan sakit belakang
  • Kekalkan kedudukan susuk badan (postur) yang baik ketika duduk dan berdiri
  • Apabila mengangkat barang, tegakkan belakang anda dan bengkokkan lutut saja
  • Pelajari senaman yang boleh membaiki pergerakan dan kedudukan susuk badan anda
  • Jika memandu, anda perlu berhenti dan berehat seketika atau keluar dari kereta setiap 90 minit
  • Bagi wanita, pakai kasut bertumit rendah
  • Luangkan sedikit masa untuk berehat dan elakkan daripada terlalu banyak membuat kerja yang membebankan untuk jangka waktu yang lama
  • Pegang objek yang berat rapat ke badan anda
  • Apabila duduk di kerusi, pilihlah tempat duduk yang dapat mengampu seluruh paha anda dan biarkan kaki anda lurus ke bawah dan memijak lantai atau bangku kecil dengan selesa

Cara Rawatan di Rumah

# Tuam dengan ais atau benda sejuk di bahagian yang sakit untuk selama 15 minit. Jika ini tidak mendatangkan kesan, balut botol air panas dengan tuala dan tuamkan ke bahagian yang sakit. Jangan menggunakan haba pada hari pertama anda terseliuh atau tegang otot
# Berehat di atas tilam yang padat dan agak keras yang diletak di atas lantai untuk selama 24 jam. Baring mendatar dengan mengampu lutut di atas bantal
# Jangan mengangkat barang yang berat dan elak daripada duduk, membongkok dan memandu terlalu lama
# Dapatkan nasihat daripada mereka yang terlatih dalam bidang penjagaan belakang mengenai senaman yang sesuai untuk mengatasi masalah ini
# Dapatkan khidmat jurupulih anggota dan ahli kiropraktor untuk membantu anda mencegah kecederaan daripada berulang










Pemilihan Katil Untuk Penyeri Kamar
Tidur adalah rehat yang sangat penting bagi memastikan kita menikmati kesegaran sepanjang hari. Tetapi bagaimana cara terbaik mendapatkan tidur yang nyenyak? Katil dan tilam empuk menjanjikan tidur lena serta rehat yang sempurna.
Pernahkah anda mengalami sakit belakang atau leher yang berlanjutan sebaik bangun dari tidur? Ia mungkin disebabkan kedudukan badan ketika tidur dan ini banyak dipengaruhi keadaan tilam. Bagaimana menentukan bila anda memerlukan tilam baru?
Berikut panduan yang boleh diikuti.

  • Adakah katil anda sudah melebihi 10 tahun?
  • Pernahkah anda bangun tidur dan mengalami sakit belakang atau sakit leher yang berpanjangan?
  • Bagaimana rupa tilam anda tanpa cadar? Adakah ia penuh dengan tanda kotor atau sudah koyak?
  • Bolehkah anda rasa bonjolan spring setiap kali anda baring?
  • Apabila anda beralih, dapatkah anda dengar pelbagai bunyi? Jika ya, ini menandakan katil anda sudah uzur.
  • Adakah anda sering tergolek ke arah pasangan anda secara tidak sengaja ketika beralih badan? Jika ya, ini bermakna tilam anda sudah kehilangan sokongan.
  • Adakah anda merasakan katil sudah sempit untuk anda berdua? Selalukah pergerakan anda mengganggu tidur pasangan anda?
  • Adakah tilam anda sudah hilang keanjalan? Apabila anda baring, tilam akan berlekuk mengikut bentuk badan anda dan tidak kembali ke bentuk asal atau permukaan tilam menjadi tidak sekata.
  • Periksa kaki katil anda, adakah ia rosak?


Pemilihan reka bentuk katil dan jenis tilam yang betul bukan saja dapat menyokong kesihatan badan tetapi elemen ini juga dapat membantu menyerlahkan hiasan dalaman sesebuah kediaman tanpa mengira keluasan ruang berkenaan.
Malah, ada yang sanggup berhabis untuk mendapat keselesaan ketika tidur kerana ia adalah permulaan kehidupan yang lebih bermaya, cergas dan sihat keesokan harinya selain menjamin kurang risiko sakit belakang.







Panduan memilih katil:

  • Tentukan saiz yang sesuai dengan keluasan bilik.
  • Jika memiliki bilik yang luas, anda boleh memilih reka bentuk katil yang sarat. Sebaliknya pilih rekaan yang ringkas jika bilik anda kecil dan sempit.
  • Beli tilam yang dapat menyokong berat badan anda. Tilam diperbuat daripada getah harganya agak mahal tetapi memberi keselesaan.
  • Dapatkan nasihat pakar jika anda membeli tilam udara atau air.
  • Buat ujian ketahanan kepada katil yang dipilih. Pastikan ia tidak bergoyang atau berkeriut kerana ini menimbulkan rasa tidak selesa.
  • Jika membeli katil besi, pastikan ia bebas calar. Pastikan tiada skru yang hilang.
  • Bagi katil dua tingkat atau beroda, pastikan sambungannya kukuh dan roda dalam keadaan baik.
  • Untuk menjimatkan ruang dan wang, anda boleh memilih katil dwifungsi (katil sofa). Selain tidak memerlukan bilik khas, ia berfungsi sebagai sofa di ruang tamu.
  • Pastikah tilam diganti


Petua Tradisional untuk Memutihkan Gigi

1.        Hancurkan dua atau tiga helai daun lalang. Kemudian gosokkan pada gigi.
2.        Bakar dua biji pinang tua yang kering hingga menjadi arang. Gosokkan pada gigi dan biarkan seketika. Kemudian cuci dengan air.
3.        Goreng biji asam jawa tanpa minyak. Kemudian tumbuk sehingga menjadi serbuk dan gosokkan pada gigi. Amalkan selalu.
4.        Kayu arang juga boleh digunakan untuk memutihkan gigi. Tumbuk arang hingga halus. Gosokkan pada gigi.
5.        Gunakan abu daun kelapa yang telah dibakar untuk menggosok gigi. Selain itu boleh juga menggunakan kulit manggis yang dibakar dan ditumbuk hingga halus. Gunakan ia seperti ubat gigi. Insyaallah gigi akan kelihatan putih berseri tanpa banyak belanja.
6.        Ambil buah pinang dan bakarkan ia hingga menjadi arang, lalu tumbuk sehingga menjadi halus. Gosokkan pinang yang telah ditumbuk tadi ke bahagian gigi anda yang kekuningan atau pun hitam. Lakukan petua ini setiap hari. Anda akan dapati gigi anda akan berubah warna menjadi putih cantik.
7.        Gunakan garam halus dicampurkan dengan ubat gigi.
8.        Sebelum kita mengosok gigi dengan menggunakan ubat gigi. Gosoklah gigi dengan menggunakan serbuk penaik atau lebih di kenali sebagai sodium bikarbonat terlebih dahulu. Kumur dan gosoklah gigi dengan ubat gigi seperti biasa. Amalkan petua ini seminggu dua ke tiga kali. Bukan sekadar ia mampu memutihkan gigi tetapi ia juga dapat menghilangkan PLAK yang amat memalukan dan berbau busuk.

Gigi yang cantik dan bersih sebenarnya memberi keyakinan kepada orang yang menjaganya dengan cara yang betul. Penjagaan gigi dilihat penting kerana ia merupakan aset yang sangat bernilai. Jadi, selamat mencuba!

 

 

 

Didik Anak Sebelum & Selepas Tidur



1. Bersihkan diri sebelum tidur.
i. Gosok gigi dan mengambil wuduk.
ii. Ingatkan anak supaya membaca doa dan ayat-ayat Al-Qur’an sebelum tidur.
iii. Baca doa sebelum tidur.
iv. Baca Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-Nas.
( Sapu ke seluruh tubuh hingga ke bawah ).
2. Cium ubun-ubunnya sebelum tidur dan hembuskan doa-doa terbaik untuk kebaikan si anak. Diantara doa-doanya ialah :
Dan (Ingatlah) ketika Luqman Berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar”.
Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya; dia memberi rezki kepada yang di kehendaki-Nya dan dialah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.
“Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh.”







KAEDAH MENGEJUT ANAK BANGUN DARI TIDUR
Ibu-Ibu, bapa-bapa serta saudara-saudari seislamku,
Ingatlah,
Setiap Insan pasti mahu memulakan harinya dengan ceria dan bersemangat. Jika bangun pagi sudah dimulai dengan perkara kurang baik, ditakuti ia akan merosakkan mood sepanjang hari.
Sebelum tidur, pasti kebanyakan individu menyimpan cita-cita untuk masa depan, mengenangkan peristiwa lalu serta memikirkan perkara yang akan dilakukan pada keesokkan harinya.
Ingatlah wahai saudara-saudariku…
Cuba kita ingat dan kenang kembali bagaimana ibu mengejutkan kita bangun pagi setiap hari untuk ke sekolah serta hari-hari cuti. Namun apabila besar dan mula ke sekolah menengah kita sudah pandai mengunci jam sendiri untuk bangun pagi ke sekolah dan sebagainya.
Sedang kita lena enak dibuai mimpi, tiba-tiba kita dikejutkan dengan kasar atau perkataan yang menyakitkan telinga yang mendengar serta menyakitkan hati, sudah pasti hati berasa sangat marah. Apabila sudah dewasa dan berkeluarga, bagaimana pula kita mengejutkan anak-anak bangun dari tidur..?
Kadang-kala ibu berasa letih dan marah apabila anak yang dikejut berkali-kali tidak juga bangun dari tidurnya. Sudah digerakkan supaya bangun, tetapi masih juga mengalihkan tubuhnya ke posisi lain untuk menyambung tidurnya. Apabila dikejutkan sekali lagi, ia mendengus kerana marah diganggu.
Ibu dan bapa yang dirahmati Allah sekalian…,
Kejutlah anak kita dengan penuh kasih-sayang, bukan menjerit dan menggegarkan tubuh si anak dengan kasar.Ini akan membuatkan si anak bertambah malas untuk bangun daripada tidur akibat sikap ibu yang suka menjerit atau menggunakan kekerasan semasa mengejut si anak.
Biasanya kita menyuruh si anak segera bangun daripada tidur, sedangkan ada masanya anak mahu bermalas-malasan seketika sebelum bangun daripada tidur.
Sesungguhnya,kata-kata yang baik akan membuat si anak berasa bersemangat untuk bangun daripada tidur.
Jika si anak jenis yang liat bangun tidur, maka usahakanlah membelainya dengan kata-kata lembut dan mengusapnya. Dia akan merasa bahagia dan tahu dirinya disayangi .
Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Ingat..!
jangan lupa baca doa bangun daripada tidur.
Jika tidak berjaya mengejutkan anak dengan belaian dan kata-kata lembut, cubalah gerakkan tangan dan kakinya seolah-olah sedang bersenam. Anak yang masih mengantuk juga akan cepat tersedar apabila ibu atau bapa mengejutkannya dengan cara membuat kelakar atau bergurau. Ketika masih mengantuk,dia mungkin akan ketawa apabila mendengar gurauan ibu bapanya , dan akan memulakan paginya dengan perasaan ceria dan bahagia.
Sebaliknya ,cara kekerasan seperti meleteri,merentap kain selimut dan menarik telinga si anak untuk mengejutkannya daripada tidur, hanya akan menyebabkan si anak merasa malas dan tertekan bangun daripada tidur.
Tidak kira samada anak tidur pada waktu pagi, tengahari atau malam, seharusnya ibu dan bapa menggunakan pendekatan baik untuk mengejutkan anak. Perkataan kasar atau kesat akan menyebabkan anak merasa jauh hatinya.
Jika cara kekerasan di gunakan dalam mengejutkan anak daripada tidur, bimbang ia akan merosakkan personaliti si anak. Emosi anak juga akan terganggu dan tidak menentu serta merasakan suatu seksaan untuk bangun daripada tidur setiap hari.
Tidak dinafikan, ada si anak yang mempunyai tabiat bangun pagi dengan merengek atau sering saja buat hal, Namun seharusnya kasih sayang dimanfaatkan bagi memujuk si kecil bangun daripada tidur.

No comments:

Post a Comment