Pelayar Web Yang Wajib Anda Guna
Posted: 25 Jan 2012 12:31 AM PST
Assalamulaikum..
Saban hari kita menggunakan pelayar web untuk melayari laman web untuk menyemak email,laman sosial seperti Facebook,Google Plus dan juga Twitter untuk memnyelesaikan kerja atau berinteraksi bersama rakan-rakan atau keluarga.Tetapi tahukah anda,setiap pelayar web seperti Mozilla Firefox,Google Chrome,Opera dan Safari mempunyai keistimewaan tersendiri dalam melaksanakan pelbagai tugas seharian.
Sebelum itu,apa kata kita kenali dulu apa itu Pelayar Web , Browser atau Internet Browser.
Pelayar Web , Browser atau Internet Browser adalah sejenis software aplikasi yang digunakan untuk menterjemahkan data-data daripada WWW dan lain-lain web server ke dalam bentuk laman web, imej, video dan lain-lain kepada pengguna internet.
Data-data di dalam WWW dan lain-lain web server adalah dalam bentuk bahasa pengaturcaraan masing-masing. Di seluruh dunia terdapat beribu-ribu bahasa pengaturcaraan. Contoh bahasa pengaturcaraan yang biasa kita dengar ialah html, php, asp, jsp, java, perl dan lain-lain.
Contoh pelayar atau web browser yang terkenal sekarang ialah Firefox, Chrome, Safari dan Opera. Secara umumnya sesebuah web browser mempunyai beberapa ciri utama seperti tempat meletakkan URL, button-button penting seperti back, next, refresh, search, stop dan ciri asas seperti bookmark, feeds, pop-up blocker dan sebagainya.sumber dari LamanSesawang
Setiap web browser bersaing di antara satu sama lain untuk menarik pengguna internet. Setiap tahun mereka menaiktaraf web browser mereka dengan cara menambah ciri-ciri tambahan yang sesetengahnya dipanggil sebagai plug-ins ataupun add-ons.
Di sini saya akan ceritakan serba sedikit tentang pelayar web untuk kegunaan dan rujukan rakan-rakan sekelian.
Mozilla Firefox
Mozilla Firefox ialah pelayar web percuma dan sumber terbuka yang diturunkan dari Mozilla Application Suite dan diuruskan oleh Mozilla Corporation.Firefox menggunakan enjin susun atur Gecko sumber terbuka, yang melaksanakan Web piawai bersama-sama dengan beberapa kandungan tambahan yang dimaksudkan seperti penambahan kepada piawai berkenaan.Mozilla Firefox merupakan pelayar platform bersilang yang memberi sokongan kepada berbagai-bagai versi Microsoft Windows, Mac OS X dan Linux. Namun begitu, kod sumbernya secara tidak rasminya telah disambungkan kepada sistem operasi lain, termasuk FreeBSD , OS/2, Solaris, SkyOS, BeOS dan kini juga Windows XP Professional x64 Edition.Maklumat lanjut tentang Mozilla Firefox boleh rujuk di sini
Salah satu pelayar web kegemaran,dengan Mozilla Firefox yang terdapat lebih 6,000 add-ons untuk kemudahaa pelbagai fungsi dan kerja.Setakat ini tiada masalah untuk digunakan melayari laman web,email dan lain-lain.Dapatkan versi terkiniMozilla Firefox hanya di http://www.mozilla.org/en-US/firefox/new/
Google Chrome
Google Chrome ialah pelayar web keluaran Google yang menggunakan enjin susun atur dan kerangka aplikasi WebKit. Chrome pada julung kalinya dikeluarkan sebagai versi beta untuk Microsoft Windows pada 2 September 2008, disusuli keluaran stabil awamnya pada 11 Disember 2008. Namanya berasal dari bingkai antara muka pengguna grafik pelayar web yang dipanggil “krom”. Tepat pada 1 November 2009, Chrome ialah pelayar web keempat terbanyak penggunaannya, dengan mencatat 3.6% dari penggunaan pelayar web seluruh dunia.
Chromium adalah projek sumber terbuka di sebalik Google Chrome dan dilepaskan atas kebenaran lesen BSD.Ia melaksanakan himpunan ciri yang sama, tetapi mempunyai logo yang sedikit berbeza.Sumber selebihnya boleh rujuk di sini
Terkenal dengan kepantasan yang memberangsangkan terutama jika kita menggunakan versi terkini.Menggunakan Extension untuk melengkapkan pelbagai fungsi bagi memudahkan melayari web dengan lebih pantas.Ramai pengguna menggemari Google Chrome ini.Dapatkan versi terkini Google Chrome hanya di http://www.google.com/chrome
Opera
Penggunaan pelayar web seperti Opera masih sedikit lebih baik. Hal ini terutama bila kita menilainya dari aspek keselamatan dan keselesaan. Sejak September 2005, versi percumanya telah bebas sebarang dari iklan (sebelumnya tergolong Adware).
Di samping memiliki ciri seperti Tabbed-Browsing, dukungan RSS dan sebuah pop-up blocker, Opera juga menawarkan identifikasi gerakan mouse (mouse gesture) untuk navigasi cepat, kemaskini automatik, menyimpan sesi pengguna serta satu e-mail client percuma.
Opera selalu menampilkan jendela ‘Transfers’ pada setiap download. Apabila anda merasa terganggu dengan jendela tersebut, buka jendela transfer melalui “Tools | Transfers”.
Klik toolbar ‘View’ pada jendela tersebut untuk memilih, apakah Opera hanya membuka jendela ‘Transfer’ di latar belakang atau sama sekali tidak menampilkannya pada saat ia memuat-turun sebarang fail.
Apabila anda ingin mengawasi mana-mana muat-turun, klik toolbar ‘Panels’.Seterusnya, klik tombol ‘Transfers’ untuk menampilkan jendela keterangan (sidebar) di sampingnya.Sumber dari Bro Zulkbo.Dapatkan versi terkini Opera di http://www.opera.com/
Safari
Ia menjadikan laman web pada kelajuan yang amat memberangsangkan. Safari juga sesuai dugunakan pada iPad, iPhone, iPod Touch, Mac, dan juga PC. Ia membawa anda ke laman web kegemaran anda dengan pantas.Ternyata prestasi pelayar web seperti Safari juga amat memberangsangkan.Dapatkan versi terkini Safari di http://www.apple.com/safari/
Sebagai kesimpulannya,setiap pelayar web seperti di atas mempunyai kelebihan tersendiri.
No comments:
Post a Comment