Jangan mudah berkata Tidak !!
Pembuat Jam: Hai jam, apakah kamu sanggup untuk berdetik paling tidak 31,104,000 kali selama setahun?”
Jam: “Ha?,” kata jam terperanjat, “Mana sanggup saya?”
Pembuat Jam: “Bagaimana kalau 86,400 kali dalam sehari?” tanya si pembuat jam.
Jam: “Lapan puluh enam ribu empat ratus kali? Dengan jarum yang ramping-ramping seperti ini?” jawab jam penuh keraguan.
Pembuat Jam: “Bagaimana kalau 3,600 kali dalam satu jam?” cadang si pembuat jam.
Jam: “Dalam satu jam harus berdetik 3,600 kali? Banyak sekali itu” Jam masih lagi ragu-ragu dengan kemampuan dirinya.
Pembuat Jam: “Kalau begitu, sanggupkah kamu berdetik satu kali setiap detik?”
Jam: “Oh, kalau begitu, aku sanggup!” kata jam dengan penuh semangat.
Maka, setelah selesai dibuat, jam itu berdetik satu kali setiap detik. Tanpa terasa, detik demi detik terus berlalu dan jam itu sungguh luar biasa kerana ternyata selama satu tahun penuh dia telah berdetik tanpa henti. Dan itu bererti ia telah berdetik sebanyak 31,104,000 kali.
Moral :
Ada kalanya kita ragu-ragu dan tidak berkeyakinan untuk melakukan tugas yang nampak semacam berat dan sukar. Namun sebenarnya kalau kita sudah memulakan langkah pertama melakukan kesukaran itu, kita ternyata mampu. Bahkan yang kita anggap mustahil untuk dilakukan itu sebenarnya bukan mustahil lagi.
No comments:
Post a Comment