Thursday, 9 February 2012

Semoga ada keinsafan di hati kita.
Islam adalah untuk semua tidak kira bangsa, warna kulit, keturunan dan sebagainya. Islam tidak membeza-bezakan manusia dari segi lahiriah melainkan yang membezakan manusia hanyalah TAQWA. Manusia yang paling MULIA ialah yang paling berTAQWA. Ini bermakna sesiapa sahaja boleh menjadi insan MULIA asalkan dia mempunyai sifat TAQWA.

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal “ Surah Al Hujuraat : Ayat 13



Rasulullah S.a.w bersabda yang maksudnya, “Sesungguhnya Allah tidak akan melihat bentuk-bentuk tubuhmu dan harta kamu tetapi akan melihat isi hati kamu dan amal-amalmu”. (Hadith Riwayat Muslim, Shahihul Muslim, tafsir Ibnu Katsier juz 7 hal 322).


Sabdanya lagi yang bermaksud, “Tiada kelebihan seseorang terhadap yang lainnya melainkan dengan taqwa kepada Allah”. (Hadith Riwayat Abu Bakar Albazzar, tafsir Ibnu Katsier juz 7 hal 322).

No comments:

Post a Comment