Adakah anda sudah menjadi seorang suami yang terbaik kepada isteri
anda? Bagaimanakah cara untuk membantu isteri bagi meringankan beban dan
memahami kerjaya isteri yang sering sibuk di luar rumah? Petua berikut
mungkin boleh membantu anda menjadi seorang suami yang terbaik kepada
isteri anda. Oleh itu sikap saling memahami antara pasangan sememangnya
penting dalam sesebuah rumahtangga.
Ringan Tulang – Jangan jadi tuan di rumah dengan
memerhatikan saja isteri melakukan semua kerja rumah. Sesekali,
ringankan tulang membantu isteri menyiapkan meja makan untuk berbuka dan
bersahur.
Ambil Hati Isteri – Beri kata pujian terutama
apabila masakan pilihannya untuk berbuka memang enak. Jangan
diperbesarkan hal yang kecil sedangkan ia boleh diselesaikan sendiri
oleh si suami contohnya masakan kurang garam atau minuman tawar. Jangan
terlalu manjakan diri kerana isteri bukannya orang gaji.
Uruskan Anak-Anak – Jika lihat isteri terlalu sibuk
dengan urusan lain, tolong uruskan anak-anak seperti menukarkan lampin
atau menghantar dan mengambil anak dari sekolah. Layan kerenah anak
supaya mereka tidak mengganggu ibunya yang sibuk di dapur.
Tunjukkan Kasih Sayang – Bekerja seharian dan
kemudian melakukan kerja di rumah memang memenatkan. Oleh itu, lelaki
harus faham jika isteri kadang-kadang kurang melayan suami. Apabila
lihat isteri keletihan, urutkan badan dan kakinya. Tunjukkan kasih
sayang sebagai suami. Sentuhan dan belaian suami mampu menjadi vitamin
untuk isteri melakukan kerja rutinnya tanpa keluhan.
Sediakan Pembantu Rumah - Kerja rumah seperti
memasak, mengemas rumah, menyapu sampah, menyusun dan mengatur bukanlah
tugas isteri. Justeru jika mampu, sediakan pembantu rumah untuknya.
Sekurang-kurangnya, isteri tidak terlalu penat hingga tiada masa untuk
suami dan anak.
Doakan Kebaikan Untuk Isteri – Ambil kesempatan
untuk mendoakan kebaikan dan kesejahteraan kepada isteri ketika bulan
Ramadan. Doakan juga supaya isteri diberikan kekuatan dan kesihatan yang
baik untuk dia terus menjalankan tanggungjawab sebaiknya sebagai
isteri.
No comments:
Post a Comment