Posted: 11 Feb 2012 10:30 PM PST
8 Adab Masuk Ke Tandas Menurut Islam
| Kita percaya bahawa tandas merupakan sesuatu yang sangat penting bagi
setiap manusia, khususnya umat Islam, dan dipercayai bahawa setiap
manusia normal akan masuk ke tandas sekitar lima atau enam kali setiap hari. Secara lazimnya,
tandas digunakan untuk menunaikan hajat sama ada membuang air besar
atau kecil, mandi, membasuh pakaian, berwudhu dan sebagainya.
Ada tandas yang dihias mewah dengan jubin-jubin mahal dan peralatan yang diimport khas dari luar negara, manakala ada juga tandas yang terbiar berkarat tidak bercuci serta kotor dengan najis yang tidak di”flush” oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Biar apa pun perkara atau permasalahan,
sebagai umat Islam kita wajar merujuk kepada agama Allah itu dalam
setiap muamalah yang kita jalani setiap hari meskipun mengenai
perkara-perkara remeh seperti adab-adab masuk ke tandas.
1. Masuk tandas dengan kaki kiri terlebih dahulu – Tandas merupakan satu tempat yang dianggap kurang bersih, kotor
dan dikatakan sering menjadi tempat ‘kediaman’ syaitan. Menurut Islam,
tempat yang dimuliakan sepert masjid, surau atau rumah hendaklah
didahulukan dengan langkah kanan dan begitu juga sebaliknya.
2. Dilarang membawa masuk atau menyebut sebarang benda yang mengandungi tulisan kalimah ‘Allah’ dan ‘Rasulullah SAW’, atau yang berunsur sepertinya ke dalam tandas.
3. Berdoa ketika hendak masuk ke tandas dan bukan membaca doa
– Ramai yang keliru antara berdoa dan membaca doa. Berdoa membawa erti
kita memohon sesuatu dari Allah manakala membaca doa ialah sekadar
seperti kita membaca buku sahaja. Berdoalah “Ya Allah, aku mohon jauhkanlah diriku dari syaitan jantan dan betina (di dalam tandas)”.
4. Bertinggung dengan memberatkan sebelah kiri ketika qadha hajat – Sunnah Rasulullah SAW mengajar umatnya begitu di mana ia mampu memudahkan proses pembuangan hajat tersebut.
5. Beristinjak atau membersihkan “qubul” (bahagian depan) atau “dubur” bahagian belakang setelah selesai tunai hajat. – bersihkan sebersih-bersihnya.
6. Sekiranya masuk ke tandas untuk mandi, pastikan pakai kain basahan yang menutup aurat dan jangan berbogel
– Jaga aurat kita walaupun di dalam tandas. Allah itu Maha Melihat dan
kita wajar malu kepada Maha Pencipta serta menjaga aurat kita dari
penglihatan makhluk halus seperti malaikat dan sebagainya.
7. Pastikan tandas dalam keadaan bersih sebelum keluar
– Islam itu adalah agama yang mementingkan kebersihan. Justeru, umat
Islam dianjurkan menjaga kebersihan meskipun ia hanyalah sekadar tandas.
8. Berdoa ketika keluar tandas – Sebutlah “Ghufraanak” atau ‘Ya Allah, ampunkanlah aku’. Mengapa? Sentiasa mohon keampunan dari Allah SWT itu adalah satu amalan yang baik
terutamanya selepas keluar dari tempat yang dianggap kotor dan menjadi
kegemaran syaitan. Apatah lagi kita terpaksa meninggalkan kalimah
‘Allah’ dan RasulNya ketika masuk ke tandas dan manalah tahu kita ada
membuat kesalahan ketika berada di dalam tandas.
Melayukini.net –
Demikianlah Islam yang syumul dan menyeluruh, penuh dengan adab serta
akhlak yang perlu dititik diberatkan untuk memastikan sebuah kehidupan
dan muamalah yang lebih bersih. Adakah anda masih ingat lagi, ketika
ketika bersekolah di sekolah rendah agama, kita dah mula menghafal doa
masuk tandas,
dan doa pertama ialah doa makan. Itu indahnya Islam, apa jua yang kita
lakukan penuh dengan adab. Alangkah indahnya kehidupan sebagai muslim…
Sumber: I Luv Islam | Koleksi Koleksi Agama Melayukini.net
No comments:
Post a Comment